Friday, August 28, 2009

ALAHAI ABANG KU YANG POYO (",)

Posted by mila at 7:01 PM
KPDNKK Perak lancar kempen jual gula

IPOH 26 Ogos - Rungutan pengguna bahawa
gula semakin sukar diperoleh di pasaran kebelakangan ini
telah menyebabkan pihak berwajib mengambil beberapa
langkah bagi memastikan bekalan tersebut sentiasa mencukupi.

Selain membuat serbuan dan tinjauan ke kilang-kilang gula, usaha juga dilakukan untuk menjual bekalan itu secara langsung kepada pengguna.

Malangnya di sebalik keprihatinan pihak berwajib dalam memastikan pengguna tidak keputusan bekalan gula, ada segelintir pengguna sendiri yang mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku.

Atas faktor kepentingan diri, mereka sengaja melaporkan berlaku kekurangan bekalan gula di kawasan tertentu semata-mata bagi membolehkan mereka mendapat bekalan gula dengan cara paling mudah.

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Mokhtar Sulaiman ketika ditemui selepas menyertai operasi bersepadu bazar Ramadan di sini lewat petang semalam.

Katanya, sikap tidak bertanggungjawab pengguna itu menyebabkan anggotanya terpaksa bergegas ke kawasan tertentu semata-mata mengedar bekalan gula kepada mereka.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perak hari ini melancarkan kempen jualan gula secara terus kepada orang ramai dengan membuka gerai menjual gula di bazar-bazar Ramadan di negeri itu.

Mokhtar berkata, langkah itu bagi mengelak masalah kekurangan gula di pasaran ekoran aduan mengenai ketiadaan bahan itu.

Di gerai itu, gula dijual pada harga RM1.45 sekilogram dan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua bungkus.

"Kami menyediakan 2,000 kilogram gula di setiap bazar Ramadan," katanya.

Mokhtar juga berkata, seramai 125 pegawai pemantau harga kini bertugas di seluruh Perak bagi memastikan peruncit tidak menjual barang pada harga yang berlebihan.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~punye la beria kol aku soh tgk berita la....tgk paper la...rupenye nak tunjuk muke die yg tgh jual gula tu..(bulatan kuning)..hahahha..aku ingt ape la kan...tp bgs gak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perak wat camtu...

tgh si pesorok2 gula smbunyikan...KPDNKK plak g jual...hehhehe...pasni nk panggil abg din si penjual gula...hahaha..~

( profile: KHAIRUDIN KAMISSAN ..anak ke2 dr 5 org adik beradik...beristeri...bertugas di KPDNKK NEGERI PERAK..tp sgt poyo..hehhehehee..sowi abg din..t raye mtk maap...hehehee)

0 comments on "ALAHAI ABANG KU YANG POYO (",)"