Thursday, March 25, 2010

Kajian Etnik : Masyarakat Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey, Selangor.

Posted by mila at 7:45 AM 10 comments


Pada 20/2/2010 aku bersama 10 orang ahli kumpulan melawat ke Perkampungan Masyarakat Orang Asli, Kg. Sungai Bumbun di Pulau Carey untuk tugasan kajian etnik bagi subjek Hubungan Etnik...Subjek Hubungan Etnik merupakan subjek yang wajib diambil untuk semua pelajar IPTA... Aku sememangnya sgt suka dengan tugasan2 luar sebegini...

Bukan apa, sesekali keluar dari kepompong subjek-subjek kejuruteraan memang seronok..

Pulau Carey terletak di di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting..Sungguh, sejak kecil walaupun selalu pergi ke Banting (rumah ibu saudara), aku mmg tak pernah sekali pun terlintas singgah di pulau ini sehinggalah kajian etnik ini di lakukan..Diiringi pula rakan-rakan dari serata negeri di malaysia..membawa pula nama UTHM Johor..=)

Masyarakat orang asli Mah Meri di Kg Sg Bumbun Pulau Carey ini sangat unik..Datangnya kami pun di sambut dengan penuh mesra. Setiap kali berselisih dengan penduduk kampung, senyuman manis yang mereka ukirkan. Seindah ukiran patung-patung yang mereka ukirkan.

Rupanya banyak perkara bernilai di dalam kg orang asli ini.Kg ini rupa-rupanya telah menjadi kompleks perlancongan. Masakan tidak, lawatan kami pada hari itu disertai dengan peserta progran PLKN, sekumpulan pelajar UM berbangsa Jepun, dan sekumpulan pelajar UPM.

Orang Asli Mah Meri Di Kg Sungai Bumbun sangat terkenal dengan persembahan kebudayaan malah juga terkenal dengan hasil seni kraftangan.kraftangan wanita di perbuat dari daun mengkuang dan hasil kraftangan lelaki pula terkenal dengan hasil ukiran patung-patung. Di hadapan rumah mereka juga terdapat kiosk yang dijadikan tempat untuk mengukir dan mempamerkan hasil ukiran dan kraftangan. Menariknya, warisan kesenian ukiran suku kaum Mah Meri bukan hanya terkenal tetapi turut mendapat pengiktirafan badan dunia seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Alhamdulillah hasil kajian ini telah pun dipersembahkan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan yang lain..


Gambar Kenangan




























Gula Nohok Gula Batu,
Gul Niung Bei Pengat,
Walau Elep Beribu Batu,
Hik Kelak E'et Ingat.

Sunday, March 14, 2010

CERITA MINGGU INI

Posted by mila at 10:10 AM 2 comments
ISNIN : Peristiwa yang agak malu pada diri sendiri tp ada unsur2 kelakar....pada mulanya niat utk singgah solat maghrib di sebuah masjid di sekitar Pt Raja. Rupa2 nya masjid mengadakan majlis Maulidur Rasul....oleh kerana waktu dah hampir pukul 8 kami gagahkan diri juga masuk ke dalam masjid untuk bersolat walaupun muka dah tebal seinci dengan pakaian yang macam nak pg bersukan sedangkan semua orang berbaju melayu (lelaki) dan kurung (perempuan)...Usai solat....makcik2 yang baik hati dan peramah2 suruh kami makan makanan yang disediakan...NASI BARYANI!!! walaupun perut kami mmg lapar tapi smpat lagi wat alasan....tapi dek kerana kesungguhan AJK masjid kwsn tersebut,,..kami pon duduk bersila menjamah NASI BARYANI dalam dulang...besshhh wooooo...malu nya bukan kepalang disebabkan ada yang memerhati kami...mane taknya...mungkin org2 ingt kami sangat tak senonoh datang majlis pakai tshirt jek..walhal kami dtg utk tumpang b'solat..tp dah AJK masjid suruh kami makan...kami balunnn sajaa...hehehhehe

SELASA : x da benda yg menarik sangat....pergi kuliah..balik kuliah....

RABU : pergi kluang siapkan project geofest.....arggghhhh Geofest!!!tension....tp msh berjalan ikut schedule....

KHAMIS : Gembira dengan result SPM cousins + anak saudara aku.....MOHD HANIFAH (10A), MOHD ZULFIKRI (5A) & RASHIDAH (8A)....semoga kalian terus berjaya duniawi & ukhrawi...menjadi org berguna kpd keluarga,agama, bangsa & negara....menjadi contoh & teladan pada adik2 dan cousins yg lain....nanti balik k.yang belanja u all k???InsyaAllah...

JUMAAT : prepare poster utk Geofest...arghhhhh geofest lagi.....

SABTU : Hari menggeramkan sedunia....tak perlu diceritakan....biarkan tersimpan dlm memori msg2 yg mengalaminya....kalau tak nanti,...bara yang hampir padam akan menjadi api semula....

AHAD = TODAY : down!!!sangat2 rindukan mak & abah.....HOMESICK.....semoga kalian sihat walafiat...dilindungi ALLAH selalu....

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU.....

Saturday, March 6, 2010

Pencemaran elektromagnet ancaman baru

Posted by mila at 11:23 AM 1 comments
Oleh LAUPA JUNUS

Ujian gelombang dapat ditentukan dengan paparan pada skrin komputer.


MANUSIA dan telefon bimbit tidak dapat dipisahkan. Sekurang-kurangnya mereka yang mampu pasti memiliki seunit gajet tersebut.

Mereka memerlukan telefon bimbit untuk pelbagai kegunaan, khususnya untuk berkomunikasi. Tambahan pula dengan teknologinya yang berkembang pantas, menjadikan ia alat perhubungan utama ketika ini.

Bukan setakat berbual, malah melalui telefon bimbut kita boleh berkongsi gambar dan video serta aplikasi lain.

Sebab itu pengeluar alat selular itu berlumba-lumba menampilkan teknologi terkini dalam produkmereka untuk menarik pembeli.

Kadang-kadang di sebalik segala kebaikan dan kemudahan yang ada timbul pula kesan negatif.

Begitu juga dengan penggunaan telefon bimbit. Di samping kemudahan yang ditawarkan, ia turut dikatakan mempunyai elemen negatif.

Ada yang mengatakan ia boleh mengundang penyakit tertentu jika pendedahan terlalu lama.

Dalam setiap kepesatan penggunaan teknologi pasti ada harga yang perlu dibayar. Sama harga pada barangan yang kita beli, atau kesan kepada hidup dan kesihatan yang kita tidak nampak.

Namun peraturan antarabangsa telah menetapkan bahawa setiap penghasilan barangan elektrik dan elektronik perlu mematuhi piawaian kualiti dan peraturan yang telah ditetapkan.

Selain kualiti barangan dalam bentuk fizikal seperti reka bentuk dan saiz, aspek yang turut diberikan perhatian kini ialah kadar pancaran gelombang elektromagnet yang terhasil daripada penggunaan produk-produk berkenaan.

Lagi pula dalam sistem komunikasi tanpa wayar atau dalam kata lain penggunaan telefon bimbit ia bergantung sepenuhnya kepada gelombang elektromagnet.

Sudah tentu sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita.

Tetapi sejauh mana gelombang elektromagnet ini memberi kesan dan boleh menjejaskan kehidupan kita?

Menurut seorang pakar bidang terbabit , Prof. Dr Mohd. Zarar Mohd. Jenu dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), gelombang elektromagnet terdiri daripada medan magnet dan elektrik yang saling berpasangan serta mempunyai spektrum frekuensi yang lebar sehingga ke sinaran gamma.

Mohd. Zarar yang juga Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet UTHM berkata, frekuensi gelombang yang mempunyai banyak aplikasi terutama bidang komunikasi adalah yang berada pada julat antara 30 MHz hingga 30 GHz.

''Dewasa ini semakin banyak peralatan elektrik dan elektronik dihasilkan dan setiap alat ini akan memancarkan gelombang elektromagnet secara sengaja atau tidak sengaja. Akibatnya alam sekitar semakin dicemari oleh fenomena ini.

''Inilah yang dinamakan pencemaran elektromagnet. Masalah daripada pencemaran ini ialah kemungkinan sesuatu peralatan tidak dapat berfungsi dengan baik jika ia berada dalam persekitaran pencemaran itu,'' katanya.

Beliau menjelaskan, masalah pencemaran air dan udara boleh kelihatan atau dirasai dan manusia boleh mengelakkannya. Tetapi tidak ada apa yang mereka boleh lakukan terhadap pencemaran elektromagnet.

Pancaran gelombang elektromagnet bukan sahaja tidak kelihatan malah tidak berbau. Tetapi ia mengancam manusia sepanjang 24 jam apabila menggunakan telefon bimbit, komputer, barang elektrik dan peralatan yang mengeluarkan pancaran gelombang.

Katanya, sebelum ini jika ada aduan mengenai bahaya pencemaran gelombang pada menara komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Agensi Nuklear Malaysia akan membuat ujian mengesahkan masalah tersebut.

Apa yang berlaku ialah kesemua ujian mengesahkan tidak berlaku ancaman gelombang elektromagnet tersebut. Ukuran yang dibuat dalam ujian tersebut tidak menunjukkan berlaku jumlah pancaran yang melepasi had di tetapkan piawaian antarabangsa.

Had itu pula ditentukan bagi memastikan tidak ada kemungkinan berlaku kenaikan suhu badan keseluruhan melebihi satu darjah Celsius.

Maka, kata Mohd. Zarar, jika pengukuran adalah di bawah had yang ditetapkan kesan jangka pendek seperti kenaikan suhu tisu yang boleh menjejaskan kesihatan tidak akan berlaku.

Namun demikian menurutnya, pendedahan yang lama terhadap gelombang elektromagnet berkuasa rendah berpotensi memberi kesan kepada kesihatan manusia.

''Ia (kesan) bukan kelihatan serta merta kerana mungkin akan menjejaskan sel manusia pada masa akan datang jika terdedah terlalu lama," katanya.

Menurut beliau, ini kerana gelombang itu mampu menyusup ke dalam sel manusia dan mengubah struktur atomiknya.

Kenaikan suhu badan tidak sesuai lagi diambil sebagai ukuran mutlak sebagai bukti berlakunya ancaman gelombang elektromagnet terhadap kesihatan manusia kerana kesan yang berbentuk mikro perlu diberi perhatian dalam jangka masa panjang.

Beliau mendakwa, gelombang yang terkena pada badan manusia boleh membawa kepada berlakunya gerakan anggota badan tidak dapat dikawal dan juga mengganggu tindakbalas kognitif.

Ini kerana tubuh manusia secara semula jadi mempunyai sistem elektrik yang kompleks berdasarkan kepada gerakan anggota badan yang berlaku atas arahan otak menerusi impuls saraf.

Jika sistem elektrik badan ini diganggu pula dengan pancaran gelombang elektromagnet daripada luar, ia berpotensi membawa kesan kepada manusia yang tidak dijangka.

Beliau juga menjelaskan kaedah yang digunakan bagi menjamin tahap pancaran telefon bimbit adalah terkawal.

Ukuran yang digunakan adalah kadar tenaga yang diserap oleh bahagian kepala (Specific Absorption Rate atau SAR) menggunakan unit Watt bagi setiap kilogram.

Berdasarkan had antarabangsa, SAR yang dibenarkan adalah sehingga 2 W/kg, tetapi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat pula hanya membenarkan SAR pada tahap maksimum 1.6 W/kg untuk memastikan telefon bimbit berkenaan tidak mendatangkan masalah kepada pengguna di negara itu.

Oleh itu sudah sewajarnya setiap pengguna telefon bimbit memeriksa SAR telefon bimbit masing-masing atau sekurangya bertanya kepada penjual.

Mohd Zarar membayangkan masalah ancaman gelombang elektromagnet ini semakin membimbangkan memandangkan teknologi wayarles kini semakin diutamakan dan dipromosikan sebagai satu gaya hidup masyarakat moden.

Beliau menyimpulkan bahawa kesan pencemaran itu serius kerana berpotensi memberi kesan kepada manusia dalam jangka panjang.

Kata beliau, kes-kes berkaitan antaranya gangguan pada televisyen ketika sedang menggunakan mesin pengisar , kereta yang sistem brek automatik (ABS) nya berfungsi secara sendiri, dan juruterbang pesawat mendengar suara kanak-kanak di kokpit.

Selain itu masalah kebakaran kereta ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak adalah contoh betapa seriusnya implikasi pencemaran elektromagnet itu jika tidak dikawal. apa yang perlu dilakukan ialah supaya barangan elektrik dan elektronik yang berada di pasaran memenuhi keperluan keserasian elektromagnet (electromagnetic compatibility (EMC)).

Ia bagi memastikan barang tersebut tidak mengeluarkan pancaran gelombang elektromagnet yang melebihi paras tertentu dan pada masa yang masa barangan tersebut adalah kebal dari gangguan gelombang di persekitaran nya.

Beliau berkata, pada masa ini, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun telah menetapkan peraturan EMC yang perlu dipatuhi oleh negara pengeksport seperti Malaysia.

Lebih penting kata beliau ialah kesedaran terhadap peraturan EMC amat penting kepada pengeluar tempatan untuk memastikan barangan mereka dapat terus dipasarkan dan menyumbang kepada ekonomi negara ini.

Selain itu, kesan gelombang elektromagnet terhadap kesihatan manusia telah banyak dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Badan antarabangsa seperti International Committee on Non-Ionizing Radiation (ICNIRP) telah mengeluarkan had bagi pendedahan kepada radiasi gelombang elektromagnet sehingga ke frekuensi 300 GHz.

Namun demikian had ini terbatas kepada kesan peningkatan suhu dalam tisu manusia atau kesan 'thermal'. Ujian yang dijalankan setakat ini menunjukkan kesemua pemancar gelombang berkenaan memancarkan tenaga elektromagnet yang jauh lebih kecil dari had yang ditetapkan.

Namun demikian banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan walaupun tahap radiasi adalah rendah dan tiada kesan 'thermal' yang membahayakan, kesan mikro pada tahap sel manusia tidak boleh diabaikan begitu saja.

Kesan sebenar dalam jangka masa panjang terhadap pendedahan berterusan kepada radiasi gelombang elektromagnet tahap rendah mungkin boleh membawa implikasi serius. Ini boleh dinamakan sebagai pembunuh senyap.Untuk itu, UTHM mendahului universiti lain di negara ini dalam memberi perhatian yang serius terhadap bidang yang berkaitan kesan gelombang elektromagnet terhadap alatan dan manusia dengan mewujudkan pusat berkenaan.

Pusat Keserasian Elektromagnet UTHM menyedikan khidmat untuk menguji tahap pancaran elektromagnet dari alatan IT, Audio-Video and alat rumah mengikut piawaian antarabangsa.

Beliau boleh dihubungi di zarar@uthm.edu.my


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


* Ramai yang masih belum menyedari / memang tak ambil peduli berkaitan dengan pencemaran elektromagnet. Pendapat aku sendiri, hal ini perlu didedahkan dengan lebih terperinci supaya orang ramai menyedari akan bahayanya pencemaran baru yang tak dapat dilihat dengan mata kasar ni....