Thursday, March 25, 2010

Kajian Etnik : Masyarakat Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey, Selangor.

Posted by mila at 7:45 AM


Pada 20/2/2010 aku bersama 10 orang ahli kumpulan melawat ke Perkampungan Masyarakat Orang Asli, Kg. Sungai Bumbun di Pulau Carey untuk tugasan kajian etnik bagi subjek Hubungan Etnik...Subjek Hubungan Etnik merupakan subjek yang wajib diambil untuk semua pelajar IPTA... Aku sememangnya sgt suka dengan tugasan2 luar sebegini...

Bukan apa, sesekali keluar dari kepompong subjek-subjek kejuruteraan memang seronok..

Pulau Carey terletak di di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting..Sungguh, sejak kecil walaupun selalu pergi ke Banting (rumah ibu saudara), aku mmg tak pernah sekali pun terlintas singgah di pulau ini sehinggalah kajian etnik ini di lakukan..Diiringi pula rakan-rakan dari serata negeri di malaysia..membawa pula nama UTHM Johor..=)

Masyarakat orang asli Mah Meri di Kg Sg Bumbun Pulau Carey ini sangat unik..Datangnya kami pun di sambut dengan penuh mesra. Setiap kali berselisih dengan penduduk kampung, senyuman manis yang mereka ukirkan. Seindah ukiran patung-patung yang mereka ukirkan.

Rupanya banyak perkara bernilai di dalam kg orang asli ini.Kg ini rupa-rupanya telah menjadi kompleks perlancongan. Masakan tidak, lawatan kami pada hari itu disertai dengan peserta progran PLKN, sekumpulan pelajar UM berbangsa Jepun, dan sekumpulan pelajar UPM.

Orang Asli Mah Meri Di Kg Sungai Bumbun sangat terkenal dengan persembahan kebudayaan malah juga terkenal dengan hasil seni kraftangan.kraftangan wanita di perbuat dari daun mengkuang dan hasil kraftangan lelaki pula terkenal dengan hasil ukiran patung-patung. Di hadapan rumah mereka juga terdapat kiosk yang dijadikan tempat untuk mengukir dan mempamerkan hasil ukiran dan kraftangan. Menariknya, warisan kesenian ukiran suku kaum Mah Meri bukan hanya terkenal tetapi turut mendapat pengiktirafan badan dunia seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Alhamdulillah hasil kajian ini telah pun dipersembahkan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan yang lain..


Gambar Kenangan




























Gula Nohok Gula Batu,
Gul Niung Bei Pengat,
Walau Elep Beribu Batu,
Hik Kelak E'et Ingat.

10 comments on "Kajian Etnik : Masyarakat Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey, Selangor."

maiyah on March 25, 2010 at 4:07 PM said...

pengalaman camni yg sronok, selain dpt pengalaman dpt gak bljr sesuatu

mila on March 25, 2010 at 5:27 PM said...

aah kak...besh sgt...hihihhi..

ARYN on August 7, 2010 at 1:10 AM said...

kitrg dulu belaja je hubungan etnik.xde plak kaji2 ne.hehe

Anonymous said...

boleh x nak tau cmne nak dapt contact lau nk wat program kat sana?
lau boleh emel je kat adibz13rd@yahoo.com..terima kasih :)

디야나 on March 10, 2011 at 10:48 PM said...
This comment has been removed by the author.
디야나 on March 10, 2011 at 10:49 PM said...

minta kebenaran nak copy gambar orang asli pakai topeng dengan pantun last skali 2, boleh? kami kena buat presentation mengenai orang asli mah meri..

mila on October 26, 2011 at 11:24 PM said...

sori lama dah x tgk blog sendiri...ambillah kalau ianya bermanfaat buat saudara/i....:)

Anonymous said...

Saya amat suka dengan entri ini. sy adalah salh sorg penduduk di kg ini yg dduk di sini sejak lahir lg. org yg tlog pakaikan hiasan kt kwn awk itu adalah mak sy =P.. ape pun lwat blog sy ini.. sgbumbunkini.blogspot.com.. sy byk sharing ttg org asli kg ni. mgkin sy akn wt 1 entri ttg mahmeri.. apapon sy suke entri ini.. hope bleh dtg ke cni lg..

Terry Henry Tsen on June 23, 2012 at 10:13 PM said...

Salam,saya daripada UPSI..Jika saya nak buat program kat sana...Mcm mana saya nak contact?blh tak bagi tentatif program kat sana terryhenry90@gmail.com

Anonymous said...

Salam, sy juga ingin mengetahui prosedur jika ingin membuat lawatan pelajar ke sana? aidatul76@gmail.com