Monday, August 31, 2009

AKU ANAK PASCA MERDEKA

Posted by mila at 5:20 AM

1986, tahun aku dilahirkan…29 tahun selepas negara kita mencapai kemerdekaan..walaupun tak mewah…tapi tak pernah merasa susah...tak pernah dibelenggu rasa takut..tak pernah bersembunyi untuk melindungi diri…

arwah nenek pernah cerita pd aku betapa peritnya hidup di zaman penjajah…

betapa beruntungnya aku dilahirkan selepas kemerdekaan..

pesan arwah nenek…tugas aku sebagai ANAK PASCA MERDEKA ialah untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan…memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan.(semoga arwah nenek tenang di sana)

Sambutan kemerdekaan pada tahun ini sangat bermakna apatah lagi tarikhnya jatuh pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan…

Tetapi apalah maknanya sebuah kemerdekaan itu jika di dalam jiwa kita penuh dibelenggu perasaaan hasad dengki…iri hati..benci membeci…

Bukankah kita sepatutnya menyambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan?

Bagaimana dengan Jalur Gemilang???

Di jalanraya, bilangan kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang boleh di bilang…

Begitu juga dengan berkurangnya bangunan di kiri kanan jalan mengibarkan Jalur keramat itu..

Memang lah perasaan cintakan negara bukan boleh diukur dengan hanya mengibar Jalur Gemilang. Mereka kata, banyak lagi cara dan kaedah untuk kita menterjemahkan rasa sayang kita pada negara ini.

Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti kemerdekaan ini dan sedar akan kepentingan untuk mempertahankannya.

Apa yang aku nampak, kumpulan bersungguh-sungguh dan seronok memegang dan mengibarkan Jalur Gemilang hanyalah anak-anak di sekolah..

Adakah mengibarkan bendera kebangsaan itu satu perkara yang sukar atau memalukan???

Ulangtahun kemerdekaan yang ke 52 ini…aku berdoa agar negara kita terus berada dalam suasana aman damai..harmoni…

..Agar aku sentiasa bersyukur dengan nikmat kemerdekaan ini…bukan saja bebas dari penjajah..tapi minda ku juga bebas dari budaya penjajah…

Kepada para pemimpin,,,dengarlah suara hati ini..usahlah bertelagah sesama sendiri lagi… janganlah nanti diragut kemerdekaan ini…

Marilah satukan hati kita….demi sebuah negara yang amat kita cintai…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah..permohonan aku untuk biasiswa JPA(PIDN) dah berjaya…

tapi aku masih menunggu keputusan temuduga untuk biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)..harap2 ada khabar gembira…

Alhamdulillah juga sebab aku dah dapat 100 unit percuma Amanah Saham 1 Malaysia…

Dan tentunya ucapan Terima Kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak…

Akhir kalam

“janganlah ditanya apa sumbangan negara kepada kita…

tapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara….”


SALAM KEMERDEKAAN….

~MILA~


3 comments on "AKU ANAK PASCA MERDEKA"

Anonymous said...

merdeka lalalalal!!!

Maiyah on September 4, 2009 at 6:46 PM said...

salam adik.. heh heh akak dah 3 thn merdeka yey yey, skrg bebas :D

mila on September 5, 2009 at 11:16 AM said...

chaiyok2 kak..