Friday, December 31, 2010

fenomena tsufahmi melanda....

Posted by mila at 6:48 PM 0 comments

Sana sini orang cakap pasal kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan / lbh di kenali dengan jolokan "harimau malaya" menjulang Piala AFF Suzuki..kat warung abah aku je semua orang dah jadi pengulas sukan....semua orang bercerita, bergembira & berbangga atas kejayaan tersebut...

Rasanya belum terlambat la aku nak ucap TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH jugak....ehh mana ade lambat kan....semua media cetak & elektronik masih ghairah keluarkan cerita itu...kira okey la kan...

yg plg hot selain kejayaan pasukan negara tu mestilah kehebatan penjaga gol, khairul fahmi che mat (apek)...mana taknya bola dengan tangan dia macam magnet U-S...saling tarik menarik & MELEKAT kau...

aku mls nk cite byk2 pasal apek ni sbb semua org dah tau psl kecekapan dia lbh2 lagi menidakkan sepakan penalti drpd Firman laser...setakat aku tulis ni skg ni seramai 200230 org yg dah mengeLIKE fanpage fahmi..dgn komen2 yg mengalir deras bak air kt sg congkak..hehe..dasat x dasat....paper utusan malaysia hari ni muka depan : twitter Khairul Fahmi ke lima tertinggi di dunia....wahhh...kau mmg dasat bro..fenomena tsufahmi tgh melanda skg ni.....bukan fahmi je....awek dia yg tiba2 drpd nobody jd somebody yg tkenal skg ni....


x kisah la org layan ke x layan sukan ni...tp ak ttp peminat setia..sbb selama ni apa je sukan yg melibatkan pemain malaysia, ak akn jadi penonton plg setia..(klu masa free)...lagi2 sukan peberet aku...mgkn sbb ak sendiri main table tennis utk wakil sekolah smpailah zmn blaja kt poli dulu..org selalu kate org pmpuan ni tgk bola sbb de player hensem2 je...tp sbnrya bg aku, skill lg pntg drpd muka hensem...itu yg lg seksiuuuutttt....

Friday, December 24, 2010

DOA HARI LAHIR

Posted by mila at 4:48 PM 2 comments

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.

Terima kasih juga untuk setiap rezQi yang Engkau kurniakan.

Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.

Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.

Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...

dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam pertambahan usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, terus berbakti, terus memberi khidmat... Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin...


* Happy Birthday ke 2* kpd diri sendiri...(^_^)

Tuesday, December 21, 2010

Kg Teluk Gong "KAMPUNG INDUSTRI" ??

Posted by mila at 10:02 PM 0 comments
Pagi tadi aku keluar awal utk hantar adik ak pg driving school dlm pukul 7.30...mmg jarang sekali aku keluar memandu time2 macam ni kat kg...ye lah dah hampir 4 thn selama ni aku hidup di bumi negeri Johor...sekali sekali cuti semester baru la blk kampung..

so pg tadi jalan mmg bz sangat...kenderaan berderet2 masuk ke kwsn kampung....sambil memandu ak perhatikan sekeliling....rupanya kanan dan kiri jalan di penuhi dengan kilang2... selama ni aku nmpak tp mcm buat tak kisah.... patutlah sjk kebelakangan ni banyak lori besar2 keluar masuk kampung.....dah macam kereta dah banyak nya...dengan lajunya lagi....geram betul hati & jiwa raga ak ni....awk da la besar...bwk dlm kwsn kampung bajet bwk kt hway..adoiiyaaiiii..

ada kilang2 ni ada mmg bgs...byk peluang pekerjaan drpd situ..penduduk kampung pon dpt manfaat....tp mcm mana dgn kesan buruk pulak??isu alam sekitar....contohnya nama je hidup kat kampung..tp udara langsung x bersih...hidu habuk je....dengan keselamatan pengguna jalan lagi...bila mana pemandu2 lori bwk lori dgn laju kt jalan kampung....mmg la klu aku ni atomen aku da fire lori2 yg buat msalah ni.....belum lagi kerosakan jalan yg mengundang rasa x selesa bila kita memandu.....

dalam kotak minda aku,,,,mmg sah la kg teluk gong yang ada sekarang....boleh di label sbg "kampung industri"....

Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru Yati&Manaf

Posted by mila at 7:59 PM 0 comments
Tahniah, tahniah & tahniah buat sepupu, Yati dan suaminya Manaf..

....yang seronoknya bila ada kenduri kawen camni lah baru dpt bkumpul sume saudara mara...wahh mmg meriah...2 hari yg penuh gemilang

tp mmg tacing habes la bile si manap mengalirkan air mata masa bersanding....sentap hati mak nak...ramai gak tetamu lain yg terharu...apelah yg bermain di fikiran manap masa tu kan???? hehe...hanya manap & ALLAH yg tau....

apa pun Selamat menempuh fasa baru utk korg berdua...semoga rumahtangga aman & bahagia ke akhir hayat...

aku nk gelarkan 'PENGANTIN CUTE' kt korang....hehehe







Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga

Friday, December 17, 2010

Kids nowadays..

Posted by mila at 12:07 AM 1 comments
Malam ni mcm biasa...aktiviti aku b'fesbuking lah...emosi aku terganggu sikit bila mana ade sorg budak yg join bkomen2...tetibe ckp kitorg B****H...hanya sbb mybe dia x fhm intipati perbualan kitorg...nak mencelah tp x kena cara....n lastly type "korg ni bodohlah"...nmpk remeh....tp bila sorg budak sekolah rendah mengeluarkan kata sebegitu kpd org yg lg tua...tmbh2 org yg x dikenalinya....apekah tanggapan kita??

Tiba2 je aku naik seram...risau & gusar..semalam baru je dga berita pasal budak2 yang pada mulanya main kawe2..last kene rogol..bukan dgn org lain....di fahamkan sepupu dia jugak...
lps tu kes pyebaran aksi tlampau kanak2 11 thn kt internet....

wah..semua cerita pasal kanak2 bwh umur...yg bg aku tsgtlah mentah...masih jauh pjalanan hdp...teringat plak masa zmn aku kanak2 yg jauh dr kemajuan teknologi....msh main masak2, pondok2 dll.....ade jugak main kawen2....tp x pnh terlintas smpai nk m'pratikkan apa yg halal bg sebuah rumahtangga.....

nak salah kan siapa????kepesatan teknologi???ibu bapa???masyarakat??kanak2 tu sendiri???

tepuk dada tanya hati...tanya iman.....semoga kita semua diterangkan hati, di beri petunjuk dr NYA...Amin...

"suatu hal yang kita sesalkan bahawa sebahagian umat Islam menganggap bahawa jalan satu-satunya untuk maju adalah dengan mengikuti bangsa-bangsa Barat. Tetapi ternyata yang diikuti bukan cara-cara dan langkah-langkah yang membuat mereka maju (positif), melainkan hal-hal yang negatif yang bertentangan dengan ajaran agama mereka."
(Raja Arab Saudi Abdul Aziz bin Saud)



The best thing to give:
to your enemy is forgiveness,
to an opponent, tolerance,
to a friend, your heart,
to your child, a good example,
to a father, deference,
to your mother, conduct that will make her proud of you,
to yourself, respect,
to the people, charity...
(Benjamin Franklin)

-aku juga x sempurna-

Tuesday, December 14, 2010

pencerita, pembuat cerita & penambah cerita

Posted by mila at 10:45 PM 2 comments
pencerita :
~~~menceritakan kejadian yang benar2 berlaku...dengan tidak menokok tambah..

pembuat cerita :
~~~cerita yang di ada2 kan tanpa di ketahui kesahihan cerita tersebut...(bukan fitnah ke tu)

penambah cerita :
~~~mendengar cerita drpd orang, kemudian bercerita kpd orang lain, dgn penambahan perisa supaya cerita lebih sedap di dengar...(lama2 siap la ketupat nk rebus)

Kerana Cinta

Posted by mila at 9:34 PM 0 comments
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..