Monday, October 31, 2011

Konvokesyen hari 3 sidang 5..(FKAAS)

Posted by mila at 6:36 PM 1 comments
Hadiah dah balut awal..dah buat secantik mungkin tp x la secantik kat gerai2 tu...tp best kot balut hadiah sendiri....puas..he..thanks kak jemmm aka edy tambah riben bg lg kelasss hadiah tu...

Oke..penerimanya : of course la my bff..ecah n her rumate ein.....ecah ialah my friend since form4..1kelas..1dorm...@SMT Bentong....cuma rezeki ecah nmpaknya awal berbanding ak..huu...but its oke..selalu berpegang dengan kata2 keramat ni..."Setiap sesuatu ada waktunya"....even lmbat nak m'genggam segulung ijazah tapi banyak juga perkara yang masih boleh di banggakan sepanjang perjalanan menuju ke tahap sekarang.....opss..suka sangat terkeluar tajuk...haiyeee...~_~

Punyalah semangat...hangkut camera...dtg seawal mungkin nak snap gambar byk2...on camera...but so dissapointed...guess what???

waaaaaaa.. memory card ttinggal dalam letop!!!what the hal?? tak kesampaian hajat nak snap gambar dengan banyaknya....so hasilnya dapat la sekeping gambar ni...tu pon guna hp je..huu...

Congrats dear...u deserve it!!

(tu dua kuntum bunga2 cinta rose gergasi yg i balut sendiri..hehe)


haa...lain kali jgn dok kalut sangat...orang lain yg nak konvo..bukan awak!!!hee...^_^

Friday, October 28, 2011

Need vacation.

Posted by mila at 7:33 PM 0 comments
I need some place, space and time to recover all this shit things..
Masalahnya I nak format semula my main system..to forget the past..n move on…

Tolong.....

Membuat keputusan bukan satu proses mudah. Banyak aspek yang perlu diambil kira. Sebelum dan selepas…Tapi once kita da ambil keputusan haruslah kita redha bukan…Ya Allah…bantu aku untuk melupakan semua perkara pahit yang pernah singgah memcorakkan warna warni hidup ini…Bantu aku bangun semula…Bantu aku membina kekuatan yang hilang Ya Allah..Walaupun tiada siapa mengerti aku yakin KAU tahu semuanya Ya Allah…Hadirkan kebaikan setelah datangnya ujian kepada ku….

“Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.”

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا. وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”

Ya Allah..Bantu aku…

Wednesday, October 26, 2011

Cinta Dan Benci

Posted by mila at 11:08 PM 1 comments


Cinta dan Benci hanya di pisah oleh satu garisan yang sangat halus...

Sunday, February 27, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Posted by mila at 8:14 AM 2 comments

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Monday, February 7, 2011

Kau takkan pernah mendengar...sebab aku cakap dalam hati....

Posted by mila at 5:01 PM 2 comments
Semalam dah jadi sejarah...tak pernah terbayang yang aku akan terkandas kat shah alam..(shah alam je tu) sebab bas lewat....berapa jam?????4 jam...oke..sepatutnya pukul 5.30....jangan tak tau pukul 9.30 baru dpt naik bas....best gila KOT.....4 jam tu KALAU balik rumah boleh urut kaki mak dengan minyak mustajab kaler HIJAU....leh main dgn arieQ...boleh buat asgmnt yang terbengkalai..(kononnya)....boleh macam2 lagi la..tp semuanya KALAU..tp kalau silap time,,aku juga kene tinggal...haisshhh

apa yang aku boleh buat???menunggu kelibat bas datang dgn penuh KESABARAN...memerhati ragam manusia sekeliling.....

" ehh kau ni bajet bagus"....

" kenapa la minah ni gaya mcm ni"...

"lorrr..dia boleh bentang kain kat rumput....erkkk tidur pulak....berapa jam la ni bas dia dah delay."

" ohh patutla pagi tadi asyik patah balik je masa nal lawat baby arissa ngn baby mia...tanda nak jd cmni kot..hmmm.."

" Ya Allah....mamat2 foreigner ni kejadah apa buka gelanggang main takraw kat sini...."

" Eh...kau boleh hisap rokok jauh2 tak...kepala aku da tersumbat ni..sekali aku......kang..."

" Eh budak2....kau berborak jauh-jauh la sikit.....sakit telinga aku ni..."

" Oit jangan lari....terburai kang beg ko yang sarat tu...tak pon ko yang tersungkur...aku bukan tak nak tolong....tp ni tgh takda mood ni..."

" Kesiannya mak cik tu...nak tolong....sapa nak jaga beg ni...kang aku tolong dia...aku pulak yang tak tertolong..."

" eeiii comelnya kau budak kecik....meh aku nak cium sikit...."

" Adoiii...mana bas tak sampai2 lagi ni.....kematu sudah ni.."

" Macam mana ni??sampai mesti awal pagi......kesian sarah.."

" Waaaaa...lapar sudah ni.."

" Eh mamat kaunter ni...buat lawak bodoh pulak.....aku smack down karang..."

" Camna esok eaa..malas nya nak pergi kelas..nak mc ke tak..."
.
.
.
.
.
.
.
.***Sayangya..kau takkan pernah mendengar...sebab aku cakap dalam hati....
.
.
.
4 jam berlalu...."johor bahru!!!!"...oke letak beg kat bawah...naik bas..cari seat...letak punggung.......berfikir & terus berfikir.....akhirnya zzZZzzzZZzzzZZZzz..................

Wednesday, January 26, 2011

KERANA KASIHMU, Aku MASIH SETIA di sini..jadi JANGAN BERSEDIH....

Posted by mila at 9:43 PM 0 comments

..Tajuk nya macam tgh berjiwang jarat.....tp jgn tertipu....hehe...Itu cuma tajuk buku yang baru je di beli tadi siang kat kedai buku terbesar la kot kat parit raja ni...
antara reason pilih buku-buku ni :

1. Kerana Kasihmu - Sbb author dia, Muhammad Tarmizi Hussin ialah my coursemate...so support la kan...=)

2. Masih Setia - Wajib beli semua karya Aisya Sofea coz she is my favorite novelist..

3. La Tahzan (Jangan Bersedih) - Subhanallah...lps tgk satu video yg tunjukkan sikit isi buku karangan DR. 'Aidh Bin Abdullah al-Qarni, terus pasang niat nak dapatkan satu naskhah utuk koleksi peribadi....Bahasa yang indah, Bait yang tersusun...Kata-kata dan tulisan yang penuh bermotivasi....memang tak rugi beli.....=)




*** Mencari ruang kesempatan dalam kesempitan...^_^

Saturday, January 15, 2011

TAKDIR

Posted by mila at 1:24 AM 1 comments
Tanpa bergerak kita mampu berpindah
Kerana ternyata bukanlah kita yang menggerakkan
Tanpa merubah kita mampu berubah
Kerana ternyata bukanlah kita yang mengubahnya...
~::segalanya TAKDIR::~




Hadits dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Wednesday, January 5, 2011

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR UTHM PEMEGANG BIASISWA JPA DAN PTPTN

Posted by mila at 5:45 PM 2 comments

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Dimaklumkan Bahawa Pembayaran Bagi Biasiswa JPA & PTPTN Bagi Semester 2 Sesi 2010/2011 Menghadapi Masalah Kelewatan Bayaran. Dijangkakan Pembayaran Hanya Akan Dibuat Pada :-

(1) PTPTN - Selewatnya Penghujung Januari

(2) JPA - Selewatnya Pertengahan Februari

Pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Pihak Penaja Memohon Berbanyak-Banyak Maaf Diatas Kesulitan Yang Timbul Rentetan Dari Pembayaran Lewat Ini.

Sekiranya Para Pelajar Menghadapi Sebarang Masalah Dan Pertanyaan Sila Hadir Ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM.

Sekian, Harap Maklum.

Unit Bantuan Kewangan Dan Kebajikan Mahasiswa

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

__________________________________________________

S/U Kerja I

MPP UTHM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mila kata : ****adoiiyaaiiii jpa tgh bulan 2 br masuk....fenin222~~~

Friday, December 31, 2010

fenomena tsufahmi melanda....

Posted by mila at 6:48 PM 0 comments

Sana sini orang cakap pasal kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan / lbh di kenali dengan jolokan "harimau malaya" menjulang Piala AFF Suzuki..kat warung abah aku je semua orang dah jadi pengulas sukan....semua orang bercerita, bergembira & berbangga atas kejayaan tersebut...

Rasanya belum terlambat la aku nak ucap TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH jugak....ehh mana ade lambat kan....semua media cetak & elektronik masih ghairah keluarkan cerita itu...kira okey la kan...

yg plg hot selain kejayaan pasukan negara tu mestilah kehebatan penjaga gol, khairul fahmi che mat (apek)...mana taknya bola dengan tangan dia macam magnet U-S...saling tarik menarik & MELEKAT kau...

aku mls nk cite byk2 pasal apek ni sbb semua org dah tau psl kecekapan dia lbh2 lagi menidakkan sepakan penalti drpd Firman laser...setakat aku tulis ni skg ni seramai 200230 org yg dah mengeLIKE fanpage fahmi..dgn komen2 yg mengalir deras bak air kt sg congkak..hehe..dasat x dasat....paper utusan malaysia hari ni muka depan : twitter Khairul Fahmi ke lima tertinggi di dunia....wahhh...kau mmg dasat bro..fenomena tsufahmi tgh melanda skg ni.....bukan fahmi je....awek dia yg tiba2 drpd nobody jd somebody yg tkenal skg ni....


x kisah la org layan ke x layan sukan ni...tp ak ttp peminat setia..sbb selama ni apa je sukan yg melibatkan pemain malaysia, ak akn jadi penonton plg setia..(klu masa free)...lagi2 sukan peberet aku...mgkn sbb ak sendiri main table tennis utk wakil sekolah smpailah zmn blaja kt poli dulu..org selalu kate org pmpuan ni tgk bola sbb de player hensem2 je...tp sbnrya bg aku, skill lg pntg drpd muka hensem...itu yg lg seksiuuuutttt....

Friday, December 24, 2010

DOA HARI LAHIR

Posted by mila at 4:48 PM 2 comments

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.

Terima kasih juga untuk setiap rezQi yang Engkau kurniakan.

Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.

Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.

Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...

dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam pertambahan usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, terus berbakti, terus memberi khidmat... Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin...


* Happy Birthday ke 2* kpd diri sendiri...(^_^)